Sunday, April 22, 2012

Apa Yang Perlu ADA pADA bLOG KITA

Baru! Peribadikan reka bentuk anda

Pereka Bentuk Templat Blogger menawarkan pelbagai templat, menjadikannya mudah untuk anda membuat blog yang berpenampilan profesional. Selain itu, Pereka Bentuk Templat membolehkan anda memperibadikan templat anda. Pilih daripada ratusan imej latar belakang, puluhan reka letak yang fleksibel dan atur semula widget melalui antara muka seret dan lepas. Tambah alat seperti tayangan slaid, undian pengguna, malah iklan AdSense. Menukar fon dan warna juga mudah. Dan sekiranya kawalan itu masih tidak mencukupi, anda juga boleh mengedit CSS dan HTML blog anda.
Menerbitkan suara anda adalah mudah dan percuma

Mereka blog anda dengan Blogger hanya mengambil beberapa langkah mudah. Hanya dalam beberapa minit sahaja anda boleh mula mengirim teks, video dan banyak lagi ke blog anda. Catatlah sekerap yang anda mahu; ianya percuma. Lihat artikel ini mengenai Bagaimana hendak bermula atau tonton Bagaimana hendak mereka blog dengan video Blogger.
Antara muka mudah digunakan

Ikut beberapa langkah asas untuk mula mencatat pada blog anda. Antara muka mudah digunakan kami membolehkan anda menukar fon, menebalkan atau mencondongkan huruf teks anda, melaraskan warna teks dan penjajaran, dan banyak lagi. Semasa anda mengarang setiap catatan blog baru, Blogger menyimpannya secara automatik, tanpa mengganggu anda menaip. Terdapat juga ciri semak ejaan yang mudah digunakan dan cara yang mudah untuk menambahkan label pada catatan anda. Selain itu, Blogger termasuk editor HTML yang membolehkan anda memperibadikan rupa dan perasaan catatan anda sepenuhnya.
Laman web percuma anda

Apabila anda mereka blog anda, anda boleh mengehosnya dengan percuma pada Blog*Spot. Hanya pilih URL yang tersedia dan anda sudah bersedia untuk bermula. Jika anda mengubah fikiran anda dan inginkan URL yang berlainan kemudian, membuat perubahan adalah mudah. Blogger juga termasuk pilihan domain khas; anda boleh miliki nama domain, seperti example.com, dan kami masih mengehoskan blog anda di sana, memberikan semua ciri hebat Blogger.
Tambah foto dan video pada catatan anda

Anda boleh tambah foto dengan mudah pada catatan blog anda dengan mengklik ikon imej di dalam bar alat editor catatan. Foto anda kemudiannya dihoskan dalam akaun Album Web Picasa percumaanda, yang mana anda boleh membuat cetakan dan menyusun foto ke dalam album. Menambahkan video pada catatan anda adalah sangat mudah; hanya klik ikon jalur filem pada bar alat editor catatan untuk bermula. Video dimuat naik menerusi Blogger yang dihoskan pada Video Google.
Lagi Ciri

Baru! Jana pendapatan

Blogger membolehkan anda memperoleh pendapatan hanya dengan menyiarkan kandungan berkualiti tinggi tentang topik kegemaran anda. Tab Mengewang yang khusus dalam Blogger memudahkan anda meletakkan iklan AdSense pada blog anda.
Bangunkan komuniti anda

Biar pembaca anda mengikut blog anda dengan menambah alat Pengikut pada reka letak anda. Dengan alat ini, pembaca anda boleh klik pautan "Ikut Blog Ini" untuk menambahkan blog anda pada Papan Pemuka Blogger dan akaun Pustaka Google. Mereka juga mempunyai pilihan untuk menambahkan imej dan profil mereka pada blog anda untuk memberitahu dunia bahawa mereka adalah peminat.
Maklum balas daripada pembaca anda

Memang mudah untuk pembaca meninggalkan ulasan -pada mana-mana catatan blog anda, memberikan anda maklumat balas berguna, tepat pada masanya. Mereka boleh meninggalkan ulasan betul-betul di bawah catatan, dalam tetingkap pop timbul, atau pada halaman berasingan. Anda juga boleh menggunakan Reaksi untuk membolehkan pembaca anda memberi maklum balas dengan hanya satu klik.
Pemberitahuan catatan baru

Pembaca anda boleh memilih untuk melanggan suapan blog anda, supaya mereka akan diberitahu apabila anda menerbitkan catatan blog yang baru. Anda juga boleh menyesuaikan apa yang dikongsi dalam suapan blog anda, dan menetapkan blog anda untuk menghantar e-mel bagi catatan baru secara automatik kepada alamat e-mel atau senarai mel tertentu.
Satu ID mudah

Oleh sebab anda boleh melog masuk ke Blogger dengan Akaun Google — anda yang mana juga memberikan anda akses kepada Gmail, iGoogle, orkut, dll. — anda mempunyai kurang satu nama pengguna dan kata laluan untuk diingati. Alamat blog anda juga boleh digunakan sebagai OpenID untuk memberikan anda identiti digital tunggal merentasi web. Memandangkan blog anda boleh menerima ulasan daripada pengguna OpenID di samping ahli Blogger yang berdaftar, ia akan memudahkan semua pembaca anda untuk meninggalkan maklum balas dan menyertai perbualan anda.
Bahasa-bahasa di dunia

Blogger pada masa ini tersedia dalam 41 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol, Belanda, Portugis, China, Jepun dan Korea. Penutur bahasa Arab, Ibrani dan Parsi boleh menggunakan Blogger dengan paparan dan pemformatan Kanan ke Kiri. Dan alih kata tersedia bagi lima bahasa Indic.
Ciri Terperinci

Baru! Halaman

Dengan Ciri halaman Blogger, anda boleh membuat halaman baru yang dipaut dari blog anda. Sebagai contoh, anda boleh membuat halaman “Tentang Blog Ini” atau “Hubungi Saya”, dengan cara serupa seperti anda menulis catatan blog baru dan memberi pautan ke halaman itu sebagai tab pada bahagian atas blog anda atau dalam bar sisi.
Mencatat semasa dalam perjalanan

Blogger mempunyai banyak cara tambahan untuk anda menyiarkan ke blog anda. Anda boleh menyiarkan ke blog anda dari telefon mudah alih anda atau melalui alamat e-mel rahsia Mel-ke-Blogger. Dengan pilihan ini, anda dengan mudah dapat menyiarkan ke blog anda pada bila-bila masa yang anda mahukan, dari mana-mana sahaja anda mungkin berada.
Pemblogan kumpulan

Dengan Blogger, ia mudah untuk mereka blog kumpulan, membenarkan berbilang blogger untuk menyumbangkan kepada blog tunggal. Anda pilih ahli kumpulan mana yang mempunyai kuasa pentadbiran dan ahli mana yang hanya pengarang. Anda juga boleh memilih untuk menjadikan blog anda sebagai peribadi dan menyekat orang yang tidak boleh melihatnya. Ini membolehkan anda mengawal blog anda sepenuhnya.
Aplikasi pihak ketiga

Anda boleh pilih antara banyak aplikasi pihak ketiga yang bersepadu dengan Blogger bagi lebih memudahkan anda untuk menulis blog. Pastikan anda menyemak code.blogger.com sekiranya anda seorang pembangun dan mahu membuat aplikasi anda sendiri yang lebih hebat.
Lebih banyak ciri...

Kami sentiasa membangunkan ciri baru untuk Blogger; lihat Blogger Buzz untuk kekal termaklum tentang semua penambahan dan perubahan terkini. Sekiranya anda ingin mencuba beberapa ciri eksperimen kami, lihat Blogger in draft. Dan sekiranya anda perlu lebih banyak maklumat tentang mana-mana ciri Blogger, pastikan anda lawati tapak Bantuan Blogger atau kumpulan perbincangan. Untuk melihat apa yang dicatat orang lain, lihat Blog Terkemuka. Kami harap anda menyukai apa yang telah kami buat

No comments:

Post a Comment