Apakah kelebihan puasa pada hari Asyura?
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
2. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata :
“Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)
3. Kata Ibnu Abbas r.a. :
“Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
Sekian, selamat berpuasa semua
Monday, December 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment